ContohSoalan

  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Contact Us

ContohSoalan.Com

Contoh Soalan PSEE Pembantu Tadbir Undang-Undang L19.

Rujukan & Contoh Soalan PSEE Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 Di Pejabat Kerajaan.

Peperiksaan Online Kemasukan Ke Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi jawatan Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19 akan di adakan sedikit masa lagi. Amatlah penting bagi para calon untuk lebih bersedia bagi menghadapi peperiksaan ini. Dan untuk itu, Contohsoalan.com akan cuba untuk membantu anda.

Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Undang-Undang

Format Peperiksaan Online PSEE Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

Sejak beberapa tahun lepas, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah beberapa kali mengubah format bagi peperiksaan online pengambilan jawatan.

Bagi pengambilan kali ini, format peperiksaan online masih sama mempunyai dua seksyen tetapi skop yang berbeza. Berikut adalah format pepeperiksaan online PSEE sebelum dan selepas 2019.

Sebelum 2019 Selepas 2019
Seksyen A – Pengetahuan Am Seksyen A -Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Perhatikan perbezaan antara setiap seksyen sebelum dan selepas 2019. Seksyen Pengetahuan Am telah di tiadakan bermula tahun 2019 bagi keseluruhan peperiksaan online PSEE sepanjang 2019. Seksyen tersebut telah di gantikan dengan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris yang sebelum ini di jalankan secara berasingan.

Format Peperiksaan Online PSEE Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 Tahun 2020.

Bagi tahun 2020, format peperiksaan online PSEE Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19 masing menggunapakai format yang sama iaitu mengandungi dua seksyen :

  • Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Bagi seksyen ini, calon di uji dengan soalan matematik yang melibatkan pengiraan mudah. Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu mempunyai kebolehan untuk menginterprasi data dan mencernakan maklumat. Lebih mudah sekiranya calon menggunakan kaedah ringkasan bagi setiap soalan.

Contoh mudah, dalam soalan akan keluar pelbagai nama dan objek. Di sini calon perlu bijak untuk menapis maklumat yang di berikan dengan tepat.

Contoh Soalan : Sebuah kereta bergerak dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada jam 9.03 pagi dalam masa 4 jam. Sebuah lori bergerak dari Kuantan ke Kuala Lumpur dalam masa 5 jam pada masa yang sama. Berikan waktu kereta tersebut akan tiba di Kuantan dan lori untuk tiba di Kuala Lumpur.

Penerangan Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Untuk Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris, antara bentuk soalan-soalan yang akan ditanya dalam PSEE adalah merupakan soalan berkaitan tatabahasa atau grammar, penggunaan ayat pasif dan aktif, penggunaan ayat pelengkap selain kefahaman memahami maksud teks yang disediakan.

Tidak kurang juga banyak soalan berkaitan dengan ‘synonim’ iaitu mencari perkataan yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan soalan yang di tanya.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

Di bawah ini adalah antara contoh soalan untuk Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah. Anda bolehlah menjadikannya sebagai rujukan untuk memahami format soalan semasa exam nanti.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Di bawah ini pula adalah antara contoh soalan untuk Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris. Anda bolehlah menjadikannya sebagai rujukan untuk memahami format soalan semasa exam nanti. Lihat bagaimana soalan akan di tanya berdasarkan contoh soalan yang di berikan.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris
Contoh Soalan Kefahaman bahasa Inggeris

Rujukan & Contoh Soalan PSEE L19 Dari ContohSoalan.Com.

Contoh soalan yang anda lihat di atas adalah sebahagian kecil sahaja. Anda boleh dapatkan lebih banyak contoh soalan dan jawapan berserta nota-nota lengkap mengenai peperiksaan ini yang terkandung dalam Ebook Rujukan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19.

Rujukan ini hanya di buka untuk tempahan dalam masa yang terhad! Anda harus bertindang segera supaya tidak terlambat! Dapatkan rujukan penting ini untuk membantu anda lebih bersedia bagi menghadapi peperiksaan nanti.

Tekan pada link di bawah untuk mendapatkan rujukan lengkap anda.

→ https://tinyurl.com/rujukanptu19 ←

Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Undang-Undang

 

Nota penting : **Jika selepas 24 jam belum terima akses ke laman download anda, mohon email BUKTI BAYARAN ke email support@rujukankerjaya.com untuk semakan segera.

 

Lebih Banyak Contoh Soalan Filed Under: Contoh Soalan, Peperiksaan Online Tagged With: Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah, Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris, Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Undang-Undang L19, Contoh Soalan PSEE, Contoh Soalan PSEE L19, Pembantu Tadbir Undang-Undang L19, Penerangan Seksyen A - Daya Menyelesaikan Masalah, Penerangan Seksyen B - Kefahaman Bahasa Inggeris, Rujukan Pembantu Tadbir L19

ContohSoalan.Com

Contoh Soalan Psikometrik PSEE Pembantu Kemahiran H19

Contoh Soalan Psikometrik PSEE Pembantu Kemahiran H19

Anda sedang mencari koleksi contoh soalan peperiksaan online psikometrik Pembantu Kemahiran Gred H19? Di bawah ini di berikan penerangan ringkas mengenai ujian psikometrik bagi Peperiksaan Kemasukan Ke Perkhidmatan Awam (PSEE) yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Anda boleh lihat dan cuba fahami contoh soalan psikometrik yang di kongsikan di bawah ini. Diberikan juga link untuk anda download contoh soalan tersebut supaya anda lebih faham mengenai bagaimana soalan akan di tanya.

Contoh Soalan Psikometrik PSEE SPA

PENERANGAN MENGENAI FORMAT UJIAN PSIKOMETRIK PSEE

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melakukan pelbagai perubahan dalam format soalan ujian psikometrik. Namun apa yang pasti calon hanya perlu menjawab dengan memilih pilihan yang tepat dan benar mengenai diri sendiri.

Ujian Psikometrik SPA dijalankan secara atas talian (online). Anda boleh memilih untuk menjawab di mana-mana sahaja dan menggunakan apa-apa sahaja peranti elektronik sama ada komputer, laptop, smartphone atau apa sahaja peranti yang mempunyai capaian internet.

Tujuan ujian psikometrik di adakan adalah untuk menguji kebolehupayaan, kepimpinan, sikap sosial, daya komunikasi, sikap kerjasama, taraf integriti, kecenderungan personaliti, tahap disiplin, dan tahap kejujuran calon.

Format soalan biasanya tidak tetap dan tergantung kepada jawapan. Kebiasaannya soalan-soalan adalah mudah, hanya kecenderungan dan minat calon terhadap item-item yang di soal akan di ambil kira.

Mengikut format semasa 2020, calon lebih banyak di tanya dengan soalan yang merangkumi bidang tugas dan kerja pelbagai jawatan yang berada dalam gred yang hampir sama.

Misalnya, calon Gred H19 akan di uji dengan soalan tentang hampir semua jawatan yang ada dalam gred tersebut. Antara jawatan yang merangkumi Gred 19 adalah :

1. Juruaudio Visual Gred N19
2. Jurubahasa (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
3. Jururawat Masyarakat Gred U19
4. Juruteknik Komputer Gred FT19
5. Juruteknik Perubatan Gred U19
6. Pembantu Kemahiran Gred H19
7. Pembantu Juruaudit Gred W19
8. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
9. Pembantu Kesatria Gred S19
10. Pembantu Belia dan Sukan Gred S19

Mengikut maklumat daripada Portal SPA, Gred 19 mempunyai sebanyak 63 jawatan. Senarai di atas hanyalah sebahagian daripada jawatan yang ada dalam gred tersebut.

Soalan akan diberikan secara rawak mengikut fungsi setiap jawatan bagi menguji kecenderungan calon terhadap jawatan yang di pohon. Di sinilah kejujuran calon dalam memilih jawapan berdasarkan minat dan kecenderungan anda akan di nilai. Jadi, anda haruslah berwaspada supaya tidak memilih jawapan yang tiada kaitan dengan jawatan yang di pohon.

PANDUAN PEPERIKSAAN PSIKOMETRIK PEMBANTU KEMAHIRAN H19

Bagi membantu calon untuk lebih bersedia bagi menghadapi peperiksaan ujian psikometrik yang bakal di adakan sedikit masa lagi, kami di pihak Contohsoalan.com menyediakan panduan dan rujukan yang sangat bermanfaat untuk anda guna bagi tujuan tersebut.

Panduan ini di olah dan di susun oleh pakar dalam menyediakan rujukan peperiksaan online dan temuduga SPA sejak 2009 yang mana telah membantu beratus ribu calon untuk bersedia bagi menghadapi peperiksaan dan temuduga mereka.

Panduan ini sangat berguna terutamanya bagi mereka yang ‘curious’ tak tahu nak bermula dari mana, tak tahu nak baca apa, tak tahu format soalan nanti macam mana. Inilah rujukan contoh soalan psikometrik yang sangat-sangat perlu anda dapatkan jika anda mahu benar-benar bersedia untuk menghadapi peperiksaan online nanti.

Dapatkan rujukan di bawah ini sekarang. Muat turun dan mulakan ulangkaji untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang bakal anda duduki.

Contoh Soalan Psikometrik PSEE

 

 TEKAN UNTUK DOWNLOAD 

 

 

Soalan Berkaitan Panduan Peperiksaan Psikometrik PSEE Pembantu Kemahiran Gred H19

Adakah ini soalan bocor dari SPA?

TIDAK! Soalan SPA adalah sulit dan ianya tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Soalan yang diberikan adalah umum untuk memberikan gambaran jelas bagaimana soalan ditanya dalam sesi peperiksaan ini

Pasti lulus ke kalau saya beli rujukan ini?

Kita tak janjikan anda lulus. Apa yang kami sediakan adalah rujukan termasuk nota, contoh soalan dan penerangan jawatan untuk memudahkan persediaan anda. Jika anda rujuk ‘snapshot gambar’ di atas, RAMAI yang telah lulus dengan rujukan ini. Mungkin giliran anda tahun ini?

Nota ini baru ke lama?

Nota peperiksaan disemak dan dikemaskinikan setiap kali peperiksaan diumumkan. Kita nak ada dapatkan maklumat yang tepat terutama berkaitan isu-isu berkaitan terkini. Untuk makluman, rujukan ini juga merupakan versi terkini khas untuk peperiksaan PSEE SPA Malaysia

Soalan ramalan ini pasti naik ke masa exam nanti?

Sekali lagi, ianya BUKAN SOALAN RAMALAN. Soalan yang diberikan hanya sebagai contoh untuk memudahkan persediaan anda. Namun jika ada persamaan maka ianya BONUS untuk anda.

Berapa lama buku ini akan sampai ke rumah saya?

Ianya BUKAN buku tetapi eBook jadi tidak melibatkan POS. Anda akan diberikan akses ke laman download untuk muatturun semua komponen selepas bayaran disahkan. Proses semakan dan pengesahan mengikut giliran (maksimum 24 jam selepas bukti bayaran diterima).

Bagaimana saya nak baca rujukan ini?

Ianya dalam format PDF dan memerlukan perisian Acrobat Reader untuk bacaan. Jika tiada software ini, boleh muatturun PERCUMA di sini (KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD)

Kandungan Panduan Peperiksaan Online Psikometrik PSEE

Di dalam panduan ini, anda akan di berikan penerangan lengkap mengenai ujian psikometrik Pembantu Kemahiran Gred H19. Bermula dengan nota-nota penting, teknik menjawab soalan dan juga contoh soalan berserta jawapan yang boleh anda jadikan rujukan tentang format sebenar exam ini nanti.

Contoh Soalan Psikometrik PSEE SPA
Gambar : Contoh teknik menjawab soalan psikometrik dalam Rujukan Psikometrik PSEE.
Gambar : Contoh soalan yang di tanya di dalam ujian psikometrik SPA.

Tempah Rujukan Peperiksaan Online Psikometrik PSEE SPA.

Sudah tak banyak masa lagi untuk anda bersedia bagi menghadapi peperiksaan online psikometrik ini nanti. Bersedialah dari sekarang dengan mendapatkan panduan yang sangat berguna ini. Kami pasti bahawa rujukan ini akan sangat-sangat membantu anda untuk lebih bersedia sebelum menjawab soalan peperiksaan nanti.

Doa kejayaan dari kami bersama anda! Semoga Berjaya!

Contoh Soalan Psikometrik PSEE

→ DOWNLOAD SEKARANG ←

Lebih Banyak Contoh Soalan Filed Under: Psikometrik Tagged With: Buku Rujukan Peperiksaan Psikometrik, Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Kemahiran Gred H19, Contoh Soalan Psikometrik PSEE, Contoh Soalan Psikometrik SPA, Pembantu Kemahiran Gred H19, Rujukan Peperiksaan Psikometrik SPA

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 3
  • 4
  • 5

Carian

Contoh Soalan Terbaru

  • Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41
  • Contoh Soalan Psikometrik PSEE Penyelia Asrama Gred N19
  • Contoh Soalan PSEE Psikometrik Pembantu Kemahiran Gred H19
  • Contoh Soalan PSEE Psikometrik Pegawai Sains Gred C41 (Mikrobiologi)
  • Contoh Soalan PSEE Psikometrik Jurutera Mekanikal Gred J41

Pautan

  • Contoh Soalan
  • Contoh Soalan SPA
  • Peperiksaan Online
  • Psikometrik
  • Soalan Exam SPA
  • Temuduga
Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41

Contoh Soalan Psikometrik Penyelia Asrama N19

Contoh Soalan Psikometrik PSEE Penyelia Asrama Gred N19

Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Kemahiran Gred H19

Contoh Soalan PSEE Psikometrik Pembantu Kemahiran Gred H19

Copyright © 2025 · ContohSoalan · Hak Cipta Terpelihara