ContohSoalan

  • Home
  • About Us
  • Blog
  • Contact Us

ContohSoalan.Com

Contoh Soalan PSEE Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia

Rujukan & Contoh Soalan PSEE Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia.

Peperiksaan Online Kemasukan Ke Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi jawatan Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia akan di adakan sedikit masa lagi. Amatlah penting bagi para calon untuk lebih bersedia bagi menghadapi peperiksaan ini. Dan untuk itu, Contohsoalan.com akan cuba untuk membantu anda.

Contoh Soalan Pegawai Imigresen Kp19

Format Peperiksaan Online PSEE Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia

Sejak beberapa tahun lepas, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah beberapa kali mengubah format bagi peperiksaan online pengambilan jawatan.

Bagi pengambilan kali ini, format peperiksaan online masih sama mempunyai dua seksyen tetapi skop yang berbeza. Berikut adalah format pepeperiksaan online PSEE sebelum dan selepas 2019.

Sebelum 2019 Selepas 2019
Seksyen A – Pengetahuan Am Seksyen A -Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Perhatikan perbezaan antara setiap seksyen sebelum dan selepas 2019. Seksyen Pengetahuan Am telah di tiadakan bermula tahun 2019 bagi keseluruhan peperiksaan online PSEE sepanjang 2019. Seksyen tersebut telah di gantikan dengan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris yang sebelum ini di jalankan secara berasingan.

Format Peperiksaan Online PSEE Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia Tahun 2020.

Bagi tahun 2020, format peperiksaan online PSEE Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19 masing menggunapakai format yang sama iaitu mengandungi dua seksyen :

  • Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Bagi seksyen ini, calon di uji dengan soalan matematik yang melibatkan pengiraan mudah. Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu mempunyai kebolehan untuk menginterprasi data dan mencernakan maklumat. Lebih mudah sekiranya calon menggunakan kaedah ringkasan bagi setiap soalan.

Contoh mudah, dalam soalan akan keluar pelbagai nama dan objek. Di sini calon perlu bijak untuk menapis maklumat yang di berikan dengan tepat.

Contoh Soalan : Sebuah kereta bergerak dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada jam 9.03 pagi dalam masa 4 jam. Sebuah lori bergerak dari Kuantan ke Kuala Lumpur dalam masa 5 jam pada masa yang sama. Berikan waktu kereta tersebut akan tiba di Kuantan dan lori untuk tiba di Kuala Lumpur.

Penerangan Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Untuk Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris, antara bentuk soalan-soalan yang akan ditanya dalam PSEE adalah merupakan soalan berkaitan tatabahasa atau grammar, penggunaan ayat pasif dan aktif, penggunaan ayat pelengkap selain kefahaman memahami maksud teks yang disediakan.

Tidak kurang juga banyak soalan berkaitan dengan ‘synonim’ iaitu mencari perkataan yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan soalan yang di tanya.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

Di bawah ini adalah antara contoh soalan untuk Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah. Anda bolehlah menjadikannya sebagai rujukan untuk memahami format soalan semasa exam nanti.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Di bawah ini pula adalah antara contoh soalan untuk Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris. Anda bolehlah menjadikannya sebagai rujukan untuk memahami format soalan semasa exam nanti. Lihat bagaimana soalan akan di tanya berdasarkan contoh soalan yang di berikan.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Contoh Soalan Kefahaman bahasa Inggeris

Rujukan & Contoh Soalan PSEE Pegawai Imigresen Dari ContohSoalan.Com.

Contoh soalan yang anda lihat di atas adalah sebahagian kecil sahaja. Anda boleh dapatkan lebih banyak contoh soalan dan jawapan berserta nota-nota lengkap mengenai peperiksaan ini yang terkandung dalam Rujukan Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia. Jadi anda memang boleh menggunakannya sebagai panduan anda.

Rujukan ini hanya di buka untuk tempahan dalam masa yang terhad! Anda harus bertindak segera supaya tidak terlambat! Dapatkan rujukan penting ini untuk membantu anda lebih bersedia bagi menghadapi peperiksaan nanti.

Tekan pada link di bawah untuk mendapatkan rujukan lengkap anda.

→ Terus Ke Laman Tempahan ←

Contoh Soalan Pegawai Imigresen Kp19

Tempah Rujukan Contoh Soalan SPA

 

Nota penting : **Jika selepas 24 jam belum terima akses ke laman download anda, mohon email BUKTI BAYARAN ke email support@rujukankerjaya.com untuk semakan segera.

 

Daftar Jika Anda Mahu Menerima Lebih Banyak Contoh Soalan Dari Pihak Kami.

 

Lebih Banyak Contoh Soalan Filed Under: Contoh Soalan, Contoh Soalan SPA, Soalan Exam SPA Tagged With: Contoh Soalan Peperiksaan Online SPA Pegawai Imigresen, Contoh Soalan PSEE Pegawai Imigresen, Contoh Soalan SPA Pegawai Imigresen, Pegawai Imigresen KP19, Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Imigresen

ContohSoalan.Com

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA

Berikut adalah contoh soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online Kemasukan ke Perkhidmatan Awam – PSEE SPA. Calon peperiksaan bolehlah mengetahui sedikit sebanyak mengenai seksyen ini. Contoh soalan ini boleh di jadikan panduan untuk calon sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal di adakan nanti.

Contoh soalan Pengetahuan Am ini adalah antara contoh-contoh soalan yang di tanya dalam peperiksaan online SPA – PSEE. Apa yang di kongsikan di sini boleh anda jadikan rujukan. Calon peperiksaan online SPA yang mahukan rujukan dan panduan untuk persediaan menghadapi peperiksaan online nanti bolehlah mendapatkannya dari sini.

Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan Online SPA.

Untuk membantu calon mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan online SPA, pihak kami telah mempersiapkan Rujukan Khas Peperiksaan Online PSEE. Rujukan ini di persiapkan dengan mengambil kira format-format terkini peperiksaan online yang bakal anda hadapi nanti.

Untuk makluman anda, panduan peperiksaan online yang lengkap boleh anda dapatkan selepas mengikuti langkah-langkah yang diberikan di bawah. Silakan baca untuk maklumat lanjut.

Untuk mendapatkan rujukan ini, anda boleh membuat pembelian melalui laman tempahan yang diberikan di bawah ini. Sebelum itu anda perlulah mendaftar di laman ini supaya mudah untuk kami membantu anda nanti.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online SPA PSEE

BORANG DAFTAR CONTOHSOALAN.COM
Daftar Jika Anda Mahu Menerima Lebih Banyak Contoh Soalan Dari Pihak Kami.

Tujuan Peperiksaan Online Kemasukan Ke Perkhidmatan Awam PSEE

Peperiksaan Online Kemasukan Ke Perkhidmatan Awam – PSEE adalah bertujuan untuk menapis calon yang layak dalam sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Adalah diketahui umum bahawa berjuta-juta pemohon telah mengisi borang permohonan online di laman web SPA dan hanya sedikt sahaja yang betul-betul layak untuk memohon sesuatu jawatan dalam kerajaan.

Daripada yang layak ini, mereka akan di tapis melalui pelbagai cara. Bermula dengan tapisan dalam sistem, di ikuti dengan tapisan peperiksaan online dan pemeriksaan fizikal, kemudiannya, tapisan Program Assessment Center (PAC), dan di kehendaki lulus temuduga sebelum layak untuk menjawat jawatan dalam kerajaan.

Berkhidmat dalam kerajaan adalah idaman ramai orang kerana manfaat yang tidak sedikit yang di perolehi oleh kakitangan kerajaan. Adalah bukan rahsia lagi bahawa sesiapa yang berkhidmat dan menjawat jawatan kerajaan, kehidupan mereka akan lebih mudah. Salah satunya adalah mudah untuk mendapatkan pembiayaan kewangan.

Format Soalan Pengetahuan Am PSEE

Bagi memudahkan calon untuk memahami soalan bagi seksyen Pengetahuan Am ini, kami kongsikan sedikit sebanyak mengenai format soalan seksyen ini.

Untuk pengetahuan para calon, seksyen Pengetahuan Am ini adalah bertujuan untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khususnya berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA

Berikut adalah 10 contoh soalan berkaitan seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA – PSEE. Contoh-contoh soalan ini bolehlah digunakan sebagai panduan awal calon sebelum mendapatkan rujukan lebih lengkap mengenai peperiksaan online SPA nanti.

Setiap soalan adalah berdasarkan soalan-soalan yang di tanya dalam peperiksaan online SPA yang lepas-lepas. Jadi anda sudah boleh tahu skop soalan yang mungkin akan keluar dalam peperiksaan online PSEE nanti.

Berikut adalah antara contoh-contoh soalan seksyen Pengetahuan Am. Perhatikan dengan teliti skop soalan yang di tanya. Kefahaman anda mengenai perkara ini amat penting supaya lebih mudah untuk anda bersedia.

——— Contoh Soalan Pengetahuan Am PSEE Mula ——–

1. Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindustrian kecuali
A ) mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated.
B ) menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.
C ) meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
D ) menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara.

2. Organisasi berikut merupakan organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kecuali
A ) World Health Organization.
B ) International Monetary Fund.
C ) International Civil Aviation Organization.
D ) Civil Rights International Foundation.

3. Yang manakah bukan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas Malaysia?
A ) Mikrofilem
B ) Jalur hologram
C ) Cetakan intaglio
D ) Benang keselamatan

4. Taman asuhan kanak-kanak dikategorikan kepada
I . rumah
II . tempat kerja
III . rumah kedai
IV . institusi

A ) I dan II
B ) II dan IV
C ) I, II dan IV
D ) II, III dan IV

5. Kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi dengan kaedah berikut kecuali
A ) kuatkuasa undang-undang.
B ) penganugerahan taraf.
C ) percantuman wilayah.
D ) pendaftaran.

6. Siapakah yang mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman?
A ) Peguam Negara
B ) Perdana Menteri
C ) Yang di-Pertuan Agong
D ) Yang di-Pertua Dewan Negara

7. Sebuah komputer yang diserang oleh virus, cecacing atau trojan mempunyai tanda-tanda berikut
I . ingatan utama melebihi dari jangkaan.
II . perubahan pada sistem.
III . program dan fail sedia ada hilang.
IV . fail menjadi korup.

A ) I dan II
B ) III dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III, dan I

8. Berikut merupakan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kecuali

A ) Perkapalan dan Pelayaran.
B ) Pertanian dan Perhutanan.
C ) Perdagangan dan Perusahaan.
D ) Perhubungan dan Pengangkutan

9. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan. Perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah
I . Pengurusan Kesihatan Kanak-kanak.
II . Saringan kanser reproduktif.
III . Ujian makmal kesuburan.
IV . Perkhidmatan perancang keluarga.

A ) I, II dan III
B ) I, II dan IV
C ) I, III dan IV
D ) II, III dan IV

10. Negeri yang dikenali sebagai Jelapang Padi Negara.

A ) Perak
B ) Kelantan
C ) Kedah
D ) Sarawak

——— Contoh Soalan Pengetahuan Am PSEE Mula ——–

Untuk contoh soalan lebih lengkap dengan nota-nota yang boleh anda jadikan rujukan yang berguna, anda bolehlah mendapatkan rujukan di bawah.

Dapatkan Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online SPA PSEE

Anda boleh mendapatkan Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online SPA – PSEE melalui laman tempahan yang diberikan di bawah. Rujukan ini mampu membantu persiapan anda untuk menghadapi peperiksaan online nanti.

Jadilah yang terawal untuk melakukan persediaan supaya kelak anda mampu mendapat keputusan yang lebih baik.

 

Contoh Soalan Peperiksaan Online SPA PSEE

→ TERUS KE LAMAN TEMPAHAN ←

 

Lebih Banyak Contoh Soalan Filed Under: Contoh Soalan, Peperiksaan Online, Soalan Exam SPA Tagged With: Contoh Soalan Exam Pengetahuan Am SPA, Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA

  • « Previous Page
  • 1
  • 2

Carian

Contoh Soalan Terbaru

  • Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41
  • Contoh Soalan Psikometrik PSEE Penyelia Asrama Gred N19
  • Contoh Soalan PSEE Psikometrik Pembantu Kemahiran Gred H19
  • Contoh Soalan PSEE Psikometrik Pegawai Sains Gred C41 (Mikrobiologi)
  • Contoh Soalan PSEE Psikometrik Jurutera Mekanikal Gred J41

Pautan

  • Contoh Soalan
  • Contoh Soalan SPA
  • Peperiksaan Online
  • Psikometrik
  • Soalan Exam SPA
  • Temuduga
Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41

Contoh Soalan Psikometrik Penyelia Asrama N19

Contoh Soalan Psikometrik PSEE Penyelia Asrama Gred N19

Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Kemahiran Gred H19

Contoh Soalan PSEE Psikometrik Pembantu Kemahiran Gred H19

Copyright © 2025 · ContohSoalan · Hak Cipta Terpelihara